Populariti Karabu baluik

Di Sumatera Barat, karabu baluik ialah salah satu sajian yang mulai semakin susah dicari. Di rumah makan Padang, karabu baluik hampir kebanyakan tidak pernah disajikan atau muncul. Kebanyakan baluik goreng dan baluik balado paling banyak dihidangkan kepada pelanggan.[3][1] Di rumah-rumah pada acara makan basamo, karabu baluik juga jarang hadir dalam acara tersebut.[3]

Karabu baluik juga dapat ditemukan di Malaysia Timur tepatnya di negeri Kelantan Darul Naim kerana ia dibawa oleh para perantau Sumatera Barat yang tinggal secara tetap atau tidak. Ia dikenali sebagai nama "kerabu belut" dan menjadi makanan yang terkenal di Kelantan sehingga kini.[3]